Saturday, August 29, 2009

Programmer oh Programmer

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir semasak-masak nya dulu sebelum anda menyesal di kemudian hari.

Ini adalah contoh daripada seorang hamba, yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..................

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat)
"Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus.

LAwaK bULaN pOsE....


da petang2 cm ni, rase nk g baazar lak kn? aku ada cter,sdang aku menungu turn ntok membeli kueh dari seorg penjual yg jgak awek cantek manis,aku tdgar perbualan antara pembeli len(mamat) ngan awek jual kue tu td lah..

dialog nye begini:

Awek: bang, abg nk kue ape?

Mamat: abg nk kue ni, kue tu,kue nun,dan pembuat kueh ni skali..
hehe,bp harganye ye?

Awek: kalu kue, sumenye 4 rgt bang,yg bakinye nant sy tanye mak sy dlu la, bp harge mak sy tu, sbab mak sy yg wat kue tu..

Mamat: haha, erk!? alamak, malunye aku..


Petua Berguna

Sakit kepala
Jika asyik saja sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.


Membersihkan perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas sama ada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.


Tegang kulit
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

Selamat mencuba.....

Friday, August 28, 2009

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957


Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959

1. Rombongan Kemerdekaan

Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan


Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu

i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU

a. Dato Panglima Bukit Gantang
b. Abdul Aziz Othman
c. Dato Mohd Seth
d. Dato Nik Ahmed Kamil

Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953 untuk membincangkan soal pilihanraya. Kelihatan Tunku Abdul Rahman, T.H Tan dan seorang Ahli Parmilen Britian.

ii. WAKIL PARTI PERIKATAN

a. Tunku Abdul Rahman
b. Tun Dr Ismail
c. Tun H.S Lee
d. Tun Abdul Razak Hussein


Gambar menunjukkan perarakan kemerdekaan di bandar Hilir,Melaka

Perjanjian London 1956 (Syarat-Syarat)
  • Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957
  • Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdeka
  • Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat
  • Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tangani
  • Raja berpelembagaan dikekalkan
  • Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan
  • Tarikh Merdeka

Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London

Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman

Anggota Suruhanjaya Reid:-
1. Pengerusi : Lord William Reid
2. Ahli
Sir Ivor Jennings( England)
Sir William Mckel (Australia)
Tuan B Malik (India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Tarikh Penting Dalam Sejarah Islam

Berikut ini disenaraikan tarikh-tarikh penting dalam sejarah Islam sebagai rujukan. Kalau kita boleh ingat tarikh konsert AF, American Idol atau tarikh ‘Jom Heboh’, kenapa tak boleh nak ingat tarikh-tarikh penting dalam sejarah agama yang kita anuti?

ERA ZAMAN RASULULLAH SAW

20.4.570M
12 R/awwal

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah

575M
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman

586M
Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah

6.8.610M
17 Ramadan

Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hirak

613M
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua “Ya ayyuhal muddatsir” - nabi mula berdakwah secara sembunyi

614M
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.

616M
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) …Fasda’ maatu’mar…..maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …

618M
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum

620M
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT

621M
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.

622M
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.

10.9.622M
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…

12.9.622M
1 R/awwal 1H
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin

8 R/Awwal 1H
Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.

24.9.622M
12 R/Awwal 1H

Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.

623M 2H
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.

624M 2H
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan

625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.

625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.

627M 5H
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.

627M 5H
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.

628M
Zulkaedah 6H

Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.

630M 8H
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.

630M 8H
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir

630M 8H
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid

632M
25 Zulkaedah 10H

Nabi melaksanakan Haji Wadak

6.632M
12 R/awwal 11 H

Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi

Thursday, August 27, 2009

Harapan Ramadhan..

"Ya Allah Ya Tuhan ku...Berikan lah kekuatan kepada hambamu ini untuk menjalani ibadah di sepanjang ramadan ini.Jadikan lah Ramadan ini bagi ku untuk mendekat kan diri pada Mu..Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini akan menjadikan ku lebih ber taqwa kepada mu..Sesungguh nya hanya pada MU tempat ku memohon segala Nya....."

AMIN..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada Seluruh Umat ISLAM ...
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan anda insan yang berTAQWA..


Makanan Jepun

Awas!! makanan Jepun.

Kebanyakan mee segera Jepun adalah tidak HALAL kerana mengandungi :

SAKE : Arak/todi dari tapai beras
RAMEN : Mi sup tulang babi
NIKU EKIS : Meat extract (mostly are pork, babikan makan ruji orang Jepun

BUTA, CHIKIN, perkataan dengan akhiran NIKU adalah TIDAK HALAL.

Mirin = sweet sake
Sake = alcohol
Buta = pig / pork
Chikin = chicken
Niku = red meat

-Wallahualam-
(sekadar memanjangkan, mungkin ada yg mahir bahasa Jepun tlg beri ulasan)

Wednesday, August 26, 2009

Jom Buat Kuih Raya: ALMOND LONDON


Bahan Utama:-
125 g mentega 75 g gula aising 1 kuning telur 1 camca teh esen vanilla 225 g tepung gandum* 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak) 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama “tulip”) 1/2 camca besar lemak sayur Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan Paper cup saiz kecil secukupnya


Cara membuatnya:-
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

4. Ambil sebiji biskut yang “botak” tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.

5. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara….selamat mencuba!!!!

9 Tips Mengurangkan Gelisah

Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya. Terdapat pelbagai cara yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim yang sedang menghadapi penyakit ataun konflik. Perkara-perkara berikut ini perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam mengurangkan rasa sakit dan seterusnya untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri di samping ikhtiar berubat dengan doktor.


1) Taubat

2) Kena takut Allah

3)Zuhud - jangan pentingkan keduniaan saja (ingat-ingat lah akhirat)

4) Banyak-banyaklah berSABAR…kunci segala kemurungan dan gelisah

5) Ikhlas - biasanya orang yang selalu ada sifat ikhlas ni orangnya juga jujur..tak kiralah pada perkataan ke atau pada keazaman dan selalunya dia berpegang pada janji….:) Jadi kalau kita sebagai orang melayu muslim kalau sakit mesti banyak -banyak mengikhlaskan diri kita pada Allah supaya gelisah atau orang moden panggil STRESS akan kurang dan sakit pun boleh baik dengan cepat.

6) Lagi satu sifat redha dan bersyukur, kalau kita sentiasa ingat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dan redho dengan ujian-ujiannya dah pasti kegelisahan ini tidak akan menjadi parah.

7) Selalu ingat MATI…..
8) Tiang agama ialah SOLAT ,kalau tak solat sengetlah agamanya sama senget dengan kehidupan kita juga, sebab solat mempengaruhi seluruh kehidupan, dengan solat juga boleh mencegah kejahatan.

9) Dan akhir sekali membaca al-Quran.
Bersama-samalah kita merawat diri daripada gelisah yang tak tentu arah.

Wassalam.

Tuesday, August 25, 2009

Cara Mengurangkan Lenguh-lenguh Badan

Tidakkah anda berasa lenguh2 selepas menghadap komputer berjam-jam?
Jika ya, saya akan memperkenalkan kepada anda satu teknik Jepun dalam mengurangkan ketegangan/lenguh-lenguh tersebut.

Teknik ini diajar oleh seorang kawan baik saya yang berada di jepun dulu.
Apa yang anda perlukan untuk melakukan teknik ini ialah hair dryer.
Apa? Hair dryer?? Biaq betul hang!!!!

Ya memang betul pun!
Hanya dengan menggunakan hair dryer, anda boleh hilangkan lenguh2 di badan anda.
Begini caranya ;
1-ON kan hair dryer anda. (angin panas akan keluar dari hair dryer tersebut.)

2- Halakan angin panas itu ke bahu/tengkuk atau mana-mana bahagian yg lenguh tersebut sehingga anda berasa lega.

Mudah dan praktikal
Teknik ini berkesan kerana angin panas yang keluar dari hair dryer tersebut akan mengembangkan saluran darah seterusnya menlancarkan pengaliran darah di kawasan yang berlaku ketegangan tersebut. Apabila darah mengalir dengan sempurna, lenguh-lenguh akan berkurangan.

* AWAS !!–Berhati-hati semasa melakukan teknik ini. Jangan halakan angin panas tersebut terlalu lama. Nanti tak pasal-pasal melecur pulak kulit korang. Saya tak mahu bertanggungjawab.–

Monday, August 24, 2009

Komen Pembaca Blog: Fadilat Solat Terawih Malam 1

Boleh terangkan apa hadis maqtu' (hadis yg terputus sanadnya smpai nabi)?

Kategori hadis:-
1. Hadis Mutawatir
2. Hadis Sahih
3. Hadis Hasan
4. Hadis Dha'if
5. Hadis Maudhuk
6. Hadis Ahad

Ulama’ membahagikan hadis dhoif berdasarkan faktor terputusnya sanad atau sanad-sanadnya tidak bersambung kepada 4 jenis iaitu:


1. Mu’allaq معلق
2. Munqhoti’ منقطع
3. Mu’dhol معضل
4. Mursal مرسل

Kebaikan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Sunday, August 23, 2009

Rahsia Buah Kurma


Sempena bulan Ramadhan ni,
mungkin elok kalau saya kongsikan artikel berkenaan dengan Buah Kurma (Tamar).

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam
keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.
Buahnya bertangkai seperti buah pinang.
Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,
maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.
Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.
Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.
Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.
Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.
Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.

Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.
Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’.


Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum


Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Saturday, August 22, 2009

Komen Pembaca Blog: Fadilat Solat Terawih Malam 1

semua hadis yg berkenaan dgn fadhilat terawih yg telah diriwayatkan oleh saiyidina ali r.a. adalah hadis maqtu' (hadis yg terputus sanadnya smpai nabi)
berdasrkan fakta ini, ulama' muhaddithin bimbang hadis ini adalah rekaan pengikut2 fanatik saiyidina ali semata2 utk meng'highlight'kn ali.


mntk jasa baik k.huda, tlg jgn siarkan apa saja fadhliat2 ibadat sunat sebelum merujuk kpd mereka yg pakar. sbb sy bimbang, pembaca blog ini akan menyebarkan ilmu serta info yg salah kepada masyarakat.
kpd pembaca blog, anda dinasihatkan supaya berhati2 dgn kesahihan artikel2 di internet berhubung dgn keagamaan khususnya dlm bidang ibadah sunat.


untuk pengetahuan anda semua, pengikut saidina ali r.a. dikenali sbg mazhab syiah yg terkenal dgn mazhab imam 12. 1 fkta penting untuk anda, mereka (pengikut mazhab syiah) mempercayai bahawa, allah telah tersilap memilih nabi muhammad sbg nabi akhir zaman, sedangkan ali lah yg layak utk mnjadi khatimul anbiya' (penutup sekalian nabi). anda berani?


ini soal akidah! tlg jgn meremeh-temehkan tentang isu ini. Mazhab Syiah adalah TIDAK termasuk dalam mazhab 4 dlm islam. Dalam erti kata lain, mereka BUKAN islam di sisi syara'.


harap dapat amal dan sampaikan!

Friday, August 21, 2009

Fadilat Solat Terawih Malam 1

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...

Thursday, August 20, 2009

Jom Tengok Anak Bulan Ramadhan 20 Ogos

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 20 Ogos 2009.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor.


Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;

Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Rindu nak tengok orang kat tv ni...setahun dapat tengok 2 kali jer..time nak pose n time nak raye...hehehe

7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.

  • Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar. Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.
  • Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta. Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.
  • Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu. Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
  • Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour. Agar orang kata dia intelek. Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.
  • Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan. Agar dia tidak di pandang hina. Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.
  • Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina. Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
  • Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain. Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan. Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa.

Wednesday, August 19, 2009

10 Tips Kejayaan Donald Trump Part 1

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.

Dalam tips motivasi kali ini saya berkongsi 10 tips kejayaan dari Donad Trump. Apa yang Donald Trump boleh ajar Anda tentang kejayaan? Ikuti falsafah kejayaannya di bawah, saya mulakan dengan…

1. “As Long As You’re Going To Be Thinking Anyway, Think BIG.”

Apa jua yang Anda idamkan dan apa jua yang Anda fikirkan, bina impian yang besar. Berimpian besar menjana idea besar juga. Ini sikap orang-orang yang berjaya.

Jangan takut dengan orang lain yang kata impian Anda tak realistik, kerana mereka sebenarnya takut Anda lebih berjaya daripada mereka satu hari nanti. Kalau boleh, simpan diam-diam impian Anda dan jangan beritahu sesiapa kerana komen negatif dari mereka akan mencairkan semangat Anda mahu mencapai impian tersebut.
Kalau Anda nak jadi jutawan Internet, biar Anda seorang yang tahu. Nak jadi macam Irfan Khairi ke, macam Corey Rudl ke, itu terpulang pada Anda.

Yang pasti, bina impian besar. Think BIG walaupun ia terasa sukar nak dicapai dan bagaikan mustahil. Semua kejayaan di dunia ini dan yang dirakam dalam sejarah, semua bermula dari sekadar impian.

Malik Maidin menjadi orang Malaysia pertama berenang merentas Selat Inggeris di kala orang lain mengatakan impiannya itu kerja gila, tapi dia berjaya melakukannya.

Mulai hari ini, tanya diri Anda apa impian Anda, cita-cita Anda dan apa yang Anda nak capai sebenarnya.

Think BIG!

Ganjaran & Pengorbanan Ibu dan Isteri


* PAHALA WANITA MENGANDUNG
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.


* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANA
K
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


* PAHALA MEMELIHARA AN
AK
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.


* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.
* KELEBIHAN SEORANG IBU
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

~renung-renungkan.. selamat beramal...~

Tuesday, August 18, 2009

MAKANAN Awet Muda

Tidak Sukar untuk kekal muda jika anda menjaga pemakanan. Berikut beberapa jenis makanan yang dikenalpasti berkhasiat untuk menjadikan anda awet muda.

1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya mencegah penyakit akibat penuaan. lemak tidak tepu di dalamnya turun ampuh dalam menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.
2. Ikan
Ikan mengandungi lemak omega-3 yang ampuh dalam menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung.
3. Yogurt
Yogurt memiliki bakteria baik yang mempertahankan kesihatan pencernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah osteoporosis.

4. Kekacang
Vitamin, mineral, zat phytochemical dan antioksidan terkandung didalam kekacang. Malah kacang juga kaya lemak tidak tepu yang menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun.

5. Blueberry

Penelitian dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center mendapati blueberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.


6. Anggur
Anggur merah mengandungi resveratrol yang melindungi diri daripada penyakit jantung dan diebetis.


7. Coklat
Kaya dengan flanol , antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit diebetes, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal.

Manis Kismis Sihatkan Gigi

PENELITIAN Christine D. Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah oleanolic acid, oleanolic aldehyde, betulin, betulinic acid dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.

Oleanolic acid mampu menghambat pertumbuhan dua spesis bakteria penghuni mulut iaitu streptococcus mutan penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Monday, August 17, 2009

Mencari jodoh mengikut syarak..

Assalamualaikum

Jodoh takkan datang tanpa usaha..walau jodoh itu telah ditentukan Allah sejak dari azali, tetapi kalau tanpa usaha, ia takkan kunjung tiba..

saya ambil kisah trend zaman sekarang..orang mencari jodoh, pertama sekali tindakannya ialah dari mata turun ke hati..bercouple..berdating..dan ber'etc' lagi..

kemudian baru lah menikah.. itu trend zaman skrg..

tapi hakikatnya, dalam islam, tak pernah ada istilah couple, gewe, pakwe makwe etc..malah hubungan antara lelaki dan perempuan dengan cara tersebut jelas haram..

jadi, bagaimana agaknya kaedah yang bersesuaian dengan kehendak syarak dalam usaha mencari jodoh ni?

tak salah pompuan pinang lelaki....tapi syaratnya lelaki tu kena la yang beriman....(bukan hanya namanya iman...ngeh...ngeh...ngeh....)
pernah terjadi pada zaman RASULULLAH apabila seorang wanita datang kepada RASULULLAH SAW lalu meminta RASULULLAH SAW mengambilnya sebagai isteri..

banyakkan berbakti pada YANG EMPUNYA MAKHLUK....insyALLAH...akan dikurniakan hambaNYA yang hampir padaNYA....alah...kan ke selalu dengar...lelaki yang baik untuk pompuan yang baik,begitulah sebaliknya...

Ade yang kate, lelaki yg beriman dan baik2, ramai yg dah kahwin..Smiley susah nak cari yg bujang, huhu..Cheesy

boleh je jadi no 2,3 atau 4.....tak salah...cuma kita yang kedekut...nak makan sorang2...taknak kongsi....ahak..ahak...
Smiley

Berkawan Dengan Suami Orang

yep.. kawan dengan suami org tak salah..

kawin dengan suami org pun tak salah ... yang salah kalau berhubungan sulit. kalau dah kahwin .. dah tak salah dah...

mereka just berkawan sahaja.. kawan sepejabat, seuniversiti, sesekolah, sekelas, sepersatuan,sedirect selling, senegeri, sepermainan, se..se..se


mungkin kita boleh melihat mungkin dengan berkawan dengan suami org sebagai cara mendapatkan teman hidup.. ditambah pula peningkatan wanita bekerjaya yang tidak berkahwin..


kajian terbaru.. kat IPT 65% perempuan ..35% lelaki...

so ... lelaki yang graduate dah lebih dr perempuan ... kalau nak yang graduate.. kemungkinan kena lah share ...

lelaki yang telah berkahwin menjadi pilihan ramai kerana lebih berpengalaman, penyabar, pandai memujuk, stabil, matang berbanding lelaki bujang. satu-satu sebab utama suami orang tidak popular adalah MADU, bagaimana pun dengan perkembang terkini, kemerosotan ekonomi, kelangsungan hidup menjadi keutamaan. Oleh itu, lelaki berkahwin lebih menyerlah berbanding lelaki bujang

tapi kalau tak nak share pun, malaysia telah tersedia pilihan, kita ada :-

- lelaki indonesia (kuat, gagah, siapa yang minat cerita indon ke lagu indon ke memang digalakkan memilih mereka, cenderung untuk memiliki kenderaan sendiri,peluang melancong ke indo)

- lelaki pakistan (biasanya bekerja sendiri, kerjaya pilihan jual kain, berkemungkinan menjadi saudagar kain atau karpet, peluang melancong pakistan setahun sekali, peminat hindustan memang dialu2kan)

- lelaki bangla (biasenya kerja makan gaji, peramah, suka memuji .. allo adik manis, kalau nasib baik dapat muka ala hidustan, makan tak habis... :-D ..semangat persaudaraan yang tinggi, tidak cenderung memiliki kenderaan sendiri.. apa nak kisah.. anda graduate.. sudah pasti anda mampu memilik kenderaan tanpa bergantung pada suami)

- lelaki burma, mnyanmar ( kalau nak kulit cerah.. chinese look pilih lah suku shin, kalau nak kulit hitam manis dan islam pilih rohingia..yang shin tu ajak lah masuk islam.. mereka jenis tahan lasak.. tak kisah kerja susah.. )

- lelaki negro (peramah, boleh berbahasa english dengan baik, pandai cari duit, makan tak habis.. , tak begitu memilih rupa paras dan status)

Selain dari itu, mereka juga dapat dikategorikan kepada tempat asal seperti Indon Jawa, Indo Acheh, Indo Maluku, Indo Lambok, pakistan (poshto, sind etc), negro (nigeria, sudan). Sesetghnya pula campuran darah 2 atau lebih seperti indo + bangla, indo +belanda, jawa +acheh, dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin memilih keturanan seperti raja, syed, sheikh, sharifah, dengan adanya kehadiran warga-warga luar negara di Malaysia, peluang anda kini terbuka luas.

Memilihlah dengan bijak

:bye:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...