Monday, December 22, 2008

Kelebihan Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Dr Fadzilah.



Tuesday, December 2, 2008

Menjaga Kesihatan Hati


Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.
Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”
Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.
Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah: “Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”
Diriwayatkan dari Amir bin Qois, bahawa dia berkata: “Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”
Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah: “Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”Beliau juga berkata: “Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”Beliau berkata lagi: “Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”
Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya: “Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”
Berkata Abu Imran Al-Juwaini: “Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”
Beliau berkata: “Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”
Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

Monday, December 1, 2008

Mengapakah sesetengah perempuan diusik lelaki??

Sewaktu saya remaja dahulu, saya sangat mengingati satu fenomena iaitu setengah perempuan bila keluar rumah tidak diusik dan diganggu oleh lelaki sedangkan setengahnya diusik dan diganggu oleh lelaki dan paling kurang akan disiulkan. Pada waktu itu saya langsung tidak mengerti mengapa setengah mereka diganggu dan setengahnya pula tidak diganggu. Alhamdulillah setelah beransur senja (makin tua) semakin banyak yang Allah berikan sebagai ilmu untuk dimanfaatkan.

Ada kalanya setengah perempuan tidak diganggu namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ada setengah wanita apabila berjalan, ekor mata lelaki akan terus memandangnya walaupun terpaksa memalingkan leher untuk hampir 180 darjah.

Kembali kepada persoalan asas dalam topik ini iaitu mengapakah setengah perempuan di ganggu apabila keluar dari rumah. Marilah kita perhatikan ayat Al-Quran Surah Al Ahzab: 59.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dari ayat ini jelas disebutkan Allah bahawa dengan itu mereka tidak diganggu. Orang lelaki memang dijadikan Allah sebegitu. Untuk tujuan menjaga kehormatan wanita dan juga lelaki, sekiranya wanita menutup aurat dengan sempurna, nafsu lelaki insyaAllah tidak akan dirangsang.

Itulah sebabnya lelaki memang suka pergi clubbing kerana di sana, pendek kata istilah mudahnya ialah menjamu mata di mana wanita pelbagai kaum memakai pakaian menjolok nafsu lelaki dengan jelas menunjukkan sebahagian buah dada, perut, pusat serta peha wanita yang gebu. Dari segi jangka pendek seolah-olah ia baik bagi lelaki tetapi sebenarnya memanglah buruk kerana mengundang banyak dosa dan bagi orang bujang, timbul satu masalah besar iaitu bagaimana untuk melampiaskan nafsu begini.

Itulah sebabnya timbul gejala rogol kerana lelaki apabila sudah naik nafsunya, bahaya, perempuan tua pun memadai untuk melepaskan nafsunya. Pasal orang lain yang seksi, orang lain pulak yang kena rogol. Takkan le nak merogol di khalayak ramai.

Dari pengalaman berkunjung ke Mekah dan Madinah sewaktu haji dan umrah dahulu, satu nikmat yang tidak boleh diperolehi di mana-mana kota dunia lain iaitu nikmat ketenteraman jiwa seorang lelaki. Nafsu lelaki langsung tidak dijolok oleh wanita. Ini kerana wanita Arab di sana memakai purdah serta berkain warna hitam. Wanita Asia seperti Malaysia dan Indonesia pula memakai telekung warna putih bila keluar sama ada ke Masjid atau membeli belah. Allah langsung memberikan rahmatnya kepada lelaki iaitu ketenteraman jiwa dan insyaAllah jauh dari dosa maksiat mata.

Dalam surah yang sama iaitu Al Ahzab:32, Allah berfirman:
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa perempuan yang berkata-kata dalam istilah orang muda mengada-ngada dan manja bakal mengundang kecelakaan. Namun ramai perempuan memandang keuntungan jangka pendek semata-mata iaitu dapat menarik perhatian lelaki dengan gaya bercakap yang menggoda ini. Sebenarnya wanita begini seperti yang dinyatakan Allah hanya menarik lelaki bermasalah dan bukannya lelaki beriman.

Itulah sebabnya dalam surah anNur: 3 Allah berfirman bahawa
Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.



~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...