Monday, December 22, 2008

Kelebihan Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Dr Fadzilah.



Tuesday, December 2, 2008

Menjaga Kesihatan Hati


Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.
Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”
Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.
Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah: “Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”
Diriwayatkan dari Amir bin Qois, bahawa dia berkata: “Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”
Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah: “Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”Beliau juga berkata: “Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”Beliau berkata lagi: “Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”
Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya: “Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”
Berkata Abu Imran Al-Juwaini: “Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”
Beliau berkata: “Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”
Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

Monday, December 1, 2008

Mengapakah sesetengah perempuan diusik lelaki??

Sewaktu saya remaja dahulu, saya sangat mengingati satu fenomena iaitu setengah perempuan bila keluar rumah tidak diusik dan diganggu oleh lelaki sedangkan setengahnya diusik dan diganggu oleh lelaki dan paling kurang akan disiulkan. Pada waktu itu saya langsung tidak mengerti mengapa setengah mereka diganggu dan setengahnya pula tidak diganggu. Alhamdulillah setelah beransur senja (makin tua) semakin banyak yang Allah berikan sebagai ilmu untuk dimanfaatkan.

Ada kalanya setengah perempuan tidak diganggu namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ada setengah wanita apabila berjalan, ekor mata lelaki akan terus memandangnya walaupun terpaksa memalingkan leher untuk hampir 180 darjah.

Kembali kepada persoalan asas dalam topik ini iaitu mengapakah setengah perempuan di ganggu apabila keluar dari rumah. Marilah kita perhatikan ayat Al-Quran Surah Al Ahzab: 59.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dari ayat ini jelas disebutkan Allah bahawa dengan itu mereka tidak diganggu. Orang lelaki memang dijadikan Allah sebegitu. Untuk tujuan menjaga kehormatan wanita dan juga lelaki, sekiranya wanita menutup aurat dengan sempurna, nafsu lelaki insyaAllah tidak akan dirangsang.

Itulah sebabnya lelaki memang suka pergi clubbing kerana di sana, pendek kata istilah mudahnya ialah menjamu mata di mana wanita pelbagai kaum memakai pakaian menjolok nafsu lelaki dengan jelas menunjukkan sebahagian buah dada, perut, pusat serta peha wanita yang gebu. Dari segi jangka pendek seolah-olah ia baik bagi lelaki tetapi sebenarnya memanglah buruk kerana mengundang banyak dosa dan bagi orang bujang, timbul satu masalah besar iaitu bagaimana untuk melampiaskan nafsu begini.

Itulah sebabnya timbul gejala rogol kerana lelaki apabila sudah naik nafsunya, bahaya, perempuan tua pun memadai untuk melepaskan nafsunya. Pasal orang lain yang seksi, orang lain pulak yang kena rogol. Takkan le nak merogol di khalayak ramai.

Dari pengalaman berkunjung ke Mekah dan Madinah sewaktu haji dan umrah dahulu, satu nikmat yang tidak boleh diperolehi di mana-mana kota dunia lain iaitu nikmat ketenteraman jiwa seorang lelaki. Nafsu lelaki langsung tidak dijolok oleh wanita. Ini kerana wanita Arab di sana memakai purdah serta berkain warna hitam. Wanita Asia seperti Malaysia dan Indonesia pula memakai telekung warna putih bila keluar sama ada ke Masjid atau membeli belah. Allah langsung memberikan rahmatnya kepada lelaki iaitu ketenteraman jiwa dan insyaAllah jauh dari dosa maksiat mata.

Dalam surah yang sama iaitu Al Ahzab:32, Allah berfirman:
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa perempuan yang berkata-kata dalam istilah orang muda mengada-ngada dan manja bakal mengundang kecelakaan. Namun ramai perempuan memandang keuntungan jangka pendek semata-mata iaitu dapat menarik perhatian lelaki dengan gaya bercakap yang menggoda ini. Sebenarnya wanita begini seperti yang dinyatakan Allah hanya menarik lelaki bermasalah dan bukannya lelaki beriman.

Itulah sebabnya dalam surah anNur: 3 Allah berfirman bahawa
Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.



~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~



Monday, November 24, 2008

Silat ( Kenapa tak famous/ glamor cam lain? )

Kekdg terpikir gak le, nape bende2 dr luar cam yoga ni, seni pertahan diri bangsa asing lebih di minati, famous dan dikenali drp silat, senaman tua etc kepunyaan bangsa sendiri, padahal tak kurang hebatnya.

Pernah seorg Tan Sri mengatakan kepada ku, silat ni lembik, byk bunga, klau gaduh org terus pukul je, so anak2 die sume belajar Taekwando (TKD). Bkn je sorg ckp camtu, rmi lg ckp. Padahal org yang ckp camni mmg tak tahu langsung psl silat. Cube le pike lojik, takkan le masa gaduh nak lawan cam kat kenduri kawin. Kerana silat ni mmg seni org melayu, mmg penuh ngan bunga, tp setiap bunga ada sebabnye, mungkin tepisan atau tangkapan, nk tau kene le belajar.

Muay Thai famous sgt kat dunia ni, tambah pulak pas Tony Jaa berlakon movie Ong Bak, ni nak kuar lak movie Ong Bak 2.

Nape silat tak jadi famous camtu terutama di kalangan bangsa melayu sendiri? mmg ada silat yang famous tetapi ada gak silat yang terpinggir, krg di kenali, gelanggang tak dpt sambutan. Padahal belajar silat bkn nye mahal, tambah lak klau bljr kat kg2, tak kene montly fees pun, klau ada pun pengeras.
So, sape lagi nak famouskan klau bkn bangsa yang menjadi tunjang utama silat.

Maybe di Malaysia sume, byk sgt politik, nak famouskan kene promote, nak promote kene pakai duit, nak duit kene le cari sponsor, nak sponsor kene le ada kabel, nak kabel kene baik ngan ahli politik, nak baik ngan ahli politik kene le sokong, tolong kempen ms PRU. So, bagi mana2 persilatan enggan wat camtu, dipinggirkan.

Maybe psl kesibukan spt dgn perkerjaan, keluarga, kekdg tak larat nak pegi latihan, tp bile mengenangkan kesungguhan guru, susah payah die dtg nak ajar, w'pun die sendiri bz mencari rezeki, tp psl t/jwb die sanggup dtg gak, rase segan lak, tak sanggup ponteng latihan.

Antara komponen utama silat adalah adab. Semakin byk ilmu semakin merendah diri. Tu psl bile guru tua menunjukkan mengajar, w'pun pada kite skill die dah power, tp die still merendah diri dengan mengatakan masih blm dpt menandingi guru nya lagi. Pesilat juga diajar merendah diri, kalau dah terpaksa sgt baru bukak silat, jgn saje2 cari psl, elakkn kerja cam bouncer, tukang tarik keta ke..

Selain tu gak, ada ilmu firasat, cam Fengshui versi melayu, tp bkn le nak kene percaya 100% just sebagai panduan dalam kehidupan.

Ada gak cam silat yang bole jadi sesat, so pepndi pilih, sebagai panduan bole dptkan guide dr Jakim, Pesaka.

Yang pastinye, silat mengandungi ilmu bela diri, kesihatan, pengamalan Islam, falsafah dan sebagainya, yang amat berguna dalam kehidupan seharian, perniagaan, pekerjaan, cam kitab Art of War karangan Tsu Zu, diaplikasikan ke dalam dunia pernigaaan yang penuh dengan persaingan.

Namun begitu, guru2 silat bukanlah mengkehendaki anak2 muridnye hanya taksub kepada silat, pesan arwah guru sye cari lah ilmu sebanyak mungkin, jgn sempitkan ke silat sahaja, bljr ilmu bela diri lain. Jgn kedekut ilmu, kerana ilmu bersifat berkembang, semakin disebarkn semakin ilmu kite bertambah. Disebabkan silat merujuk kepada melayu, sayang sekali klau bangsa melayu tak nak belajar, sedangkan ramai foreigner sanggup dtg ke Malaysia semata2 ingin mendapatkan ilmu ini. Maka terpaksa la otai2 ni tunjuk ajarkan.

Mungkin kerana pesan dari arwah guru tua supaya belajar ilmu sebanyak mungkin, guru silat skrg ramai yang menguasai seni bela diri seperti Tomoi, TKD.





Yoga & Fatwa

Lepas fatwa pasal Yoga diumumkan oleh Jakim, maka kecoh le satu dunia, tp bile try google, rupenye bkn ulamak Islam je yang kuat fatwa psl Yoga ni haram, agama lain cam Christian pun dh penah gak kuar fatwa psl pengharaman Yoga.

Mmg yoga famous dan jadi trend gaya hidup masa kini, tu psal byk btul gym Yoga naik. Same le cam Muay Thai gak, skrg rmi tul gadis2 join, dh jadi trend, tak join tak up to date le, pulak tu ngan kadar jenayah untuk wanita semakin meningkat.

Pertama kali dengar pasal Yoga ni masa sek ren lagi, masa tu blum jadi trend lagi, tak famous pun, saje yang main Street Fighter tau le, psl Dhalsim salah satu hero kat dalam tu pengamal Yoga, hikmat terpower die nama Yoga Fire, bole kuar api kat mulut, pastu die bole terapung. Tapi penah gak dengar spekulasi, pengamal Yoga tahap otai ni bole tarapung di udara, tak penah tgk lagi le live ke video ke, just dgr je le.

Penah gak la try Yoga, tp bile dh jadi haram ni mmg tak nk wat le, biar pun kat tv kuar le cakap klau nk physical exercise je ok jgn systematic yoga.

Menurut Jakim, walaupun bkn mengamalkan latihan yoga secara sistematik,sebagai org Islam mmg kite tidak digalakkan le terlibat dalam amalan tersebut, psl latihan fizikal pun adalah salah satu komponen dlm Yoga.

Ape2 pun tujuan pengamal Yoga yang berugama Islam hanyalah utk kesihatan badan, so byk lagi alternative lain selain Yoga, salah satunye adalah Silat. Silat semakin famous di negara asing, ini terbukti ngan wujud nye pelbagai gelanggang silat seperti di Britain, Belanda, US etc. Ramai gak yang dtg ke Malaysia dan Indonesia untuk lebih mendalami lagi kerana di sini le bermulanya silat. Tp klau ikut sejarah silat, cam silat Lian, G5 berasal dari Yunan.

Nanti nak cite psl silat lak.....

Tuesday, November 18, 2008

Promosi November 2008 ( Kecantikan Untuk Semua )

Yoyoy Kamphora Spa
menawarkan
Promosi Istimewa November 2008.


Bermotokan Kecantikan Untuk Semua, pihak kami mengadakan promosi dengan menawarkan potongan harga untuk perkhidmatan berikut:-

  • RAWATAN RESDUNG ( 6 batang ) = RM 10
  • MANDI BUANG TOKSIN = RM 40
  • KEMPIS PERUT = RM 30


  • MANDI SUSU = RM 25
  • MANDI SUSU AURA SERI = RM 30
  • MANDI SUSU + MADU + AURA SERI = RM 35


  • MANDI SUSU + MADU + AURA SERI + AROMATHERAPY = RM 40
  • MANDI BUIH + SUSU + MADU + AURA SERI + AROMATERAPI = RM 50


Terima kasih.


Silat untuk kesihatan dan keselamatan


Silat adalah khazanah bangsa yang amat bernilai. Silat bukan sahaja digunakan sebagai pertahanan diri, malah juga dapat memelihara kesihatan badan. Seiring dengan peredaran masa, silibus silat telah disusun dengan lebih baik tanpa menjejaskan keaslian dan objektif utamanya.


Pesilat juga akan dilatih mengenai taktik tempur, seni, fisioterapi, senaman-senaman yang telah diamalkan sejak zaman berzaman.




Dikala pelbagai pihak berdebat mengenai fatwa berkaitan YOGA, kenapa tidak beralih kepada silat yang tidak bertentangan dengan Islam. (link Garis Panduan Silat Menurut Islam oleh JAKIM)



Pada masa kini terdapat pelbagai gelanggang silat di setiap negeri, dalam dan luar negara. Malah pencak silat telah digunapakai/dipinjam di dalam bahasa lain merujuk kepada seni pertahan diri orang Melayu.


Dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia terutamanya terhadap wanita, kemahiran di dalam seni pertahan diri adalah alternatif yang utama.









Kepada sesiapa yang berminat menyertai latihan silat, sila hubungi saya (penyertaan wanita amat dialu-alukan)


Persatuan Seni Silat Sendeng

Gelanggang silat di Selayang
Latihan setiap hari Isnin dan Jumaat .
Tel: 03-4146 4378, 03-6184 1455

Tuesday, October 14, 2008

HYDROQUINONE - Bahan pemutih kulit


BAGAIMANA WARNA KULIT TERHASIL?

Secara normal fisiologi, warna kulit berasal daripada melanin yang merupakan pigmen berwana coklat kegelapan. Melanin dihasilkan daripada melanocytes yang terletak di bawah kulit. Selain daripada kulit, ia juga menjadikan rambut berwarna gelap. Cahaya matahari menjadikan lebih banyak melanin dihasilkan di dalam kulit menyebabkan kulit menjadi semakin gelap (tanned) ketika lama berjemur di bawah cahaya matahari.
Melanin sangat penting kepada kulit kerana ia bertindak sebagai pelindung cahaya matahari. Melanin melindungi cahaya Ultraviolet yang merbahaya daripada menembusi lapisan dalam kulit.

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ualah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Cuma Hydroquinone topikal atau jenis sapu di kulit adalah persediaan yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.
Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4- 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.
Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4-6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan.
Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya sebelum ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar sebelah)
Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

Wednesday, September 24, 2008

Perawan yang sentiasa menjadi Perawan

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Lanjutkan kepada semua semoga ada manafaatnya.







Tuesday, September 23, 2008

Terapi Resdung di Yoyoy Kamphora Spa

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap


YOYOY KAMPHORA SPA MENYEDIAKAN RAWATAN RESDUNG MENGGUNAKAN PRODUK TERPILIH YANG AMAT BERKESAN. RAWATAN TERSEBUT:-
  1. TIDAK MENYAKITKAN
  2. TIDAK MEMEDIHKAN MATA
  3. MENYEDUT SEGALA HAMA DAN KEKOTORAN DI MUKA
  4. MENYEDUT SEGALA DARAH KOTOR DI DALAM BADAN
  5. MUKA AKAN TERASA LEBIH RINGAN
Untuk keterangan lanjut, sila ke http://www.yoyoyspa.com/rawatan.php

Produk Kecantikan Shadira (Pek Permulaan)



BEG JERAWAT
RM 75
Pek percubaan untuk kulit muka bermasalah (jerawat dan berminyak)
- Cleanser Oily, Toner Oily, Comprass, UV cream, Night Cream










BEG NORMAL
RM 75
Pek percubaan untuk muka normal/kering
- Whitening Cleanser Milk, Cleanser Normal, Toner Normal, UV cream, Night Cream.






Monday, September 8, 2008

~ Promosi Raya ~

Assalamualaikum sume,

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas sokongan di atas sokongan yang telah anda berikan. Sebagai tanda terima kasih kami telah menyediakan promosi sempena menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah, Maaf Zahir dan Batin....




Produk BioSirih Cosmetics

BioSirih Cosmetics telah ditubuhkan pada Mei 2002. Tujuan awal penubuhannya adalah bagi memasarkan produk-produk kosmetik untuk pengguna Islam.

BioSirih bermula dengan 2 produk sahaja iaitu BioNutri dan BioTrim(langsing). Kemudian dengan adanya kepakaran teknologi bio terkini pihak pengilang Islam.

BioSirih Cosmetics telah meningkatkan jumlah pengeluaran produknya.Kebanyakan produk keluaran BioSirih adalah berasaskan Sirih.

Sehingga kini terdapat lebih 30 produk kosmetik telah dikeluarkan oleh pihak syarikat. Produk-produk tersebut telah mendapat sambutan hangat dari semua pihak dari dalam dan luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Produk BioSirih adalah :

Klik link berikut http://yoyoyspa.com/biosireh.php

YoYoY Kamphora Spa adalah outlet rasmi bagi produk BioSirih. Kami menyediakan khidmat jualan serta rawatan kesihatan dan kecantikan, rundingan kecantikan, pengurusan berat badan dan perkhidmatan ICT.

Kami juga menyediakan khidmat penghantaran dan pembelian secara online

~ www.yoyoyspa.com ~


Friday, August 1, 2008

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.


Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. 


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Thursday, July 31, 2008

Outlet SHADIRA Cosmetics

Assalamualaikum semua,



Alhamdulillah, YoYoY Kamphora Spa telah dilantik menjadi outlet rasmi bagi produk kecantikan SHADIRA Cosmetics. Dengan ini premis kami mendapat peluang untuk diiklankan bersama outlet2 SHADIRA yang lain.




Bagi sesiape yg belum pernah smpi ke YoYoY Kamphora Spa, sila le datang, kami sememangnya menantikan kedatangan anda.




Kami berusaha untuk memaksimumkan pengimplementasian sistem ICT dalam perniagaan ini. So buat masa ini, premis kami dilengkapi dengan sistem WIFI, SPA MANAGEMENT SYSTEM.

WIFI sudah menjadi keperluan di masa kini, so mmg dh jadi kebiasaan disebabkan keperluan terhadap capaian internet.


SPA MANAGEMENT SYSTEM pula bertujuan untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran SPA. Sistem ini dibangunkan sendiri oleh kami dan kami bersedia membantu usahawan bumiputra lain dalam mengimplementasikan teknologi seperti ini.



Selain daripada perkhidmatan berkaitan kecantikan, kami juga menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi seperti:


  • Laman Web
  • Pembangunan Sistem
  • Komputer & Networking
  • Sistem Keselamatan
  • Penyelenggaraan
  • Latihan

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Tuesday, July 22, 2008

Kene Hempap Masa Tidur (Mitos @ Sains)

"Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... ... .betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu akusedar... boleh bukak mata separuh... ..aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kiramacam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ...
ok, otak kiter pun ader switch off button... .dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... .kirenyer screensaver laaa or hibernate...so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awakestate... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .
mmg menakutkan tapi benar... . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy"


Detail of REM (Rapid Eye Movement)

Tuesday, June 10, 2008

KELEBIHAN GAMAT



Gamat ialah sejenis hidupan laut yang telah digunakan dalam bidang perubatan sejak turun temurun di rantau ini. Ia diguna sebagai ubat penyakit kulit, menyebuhkan luka, terbakar dan gigitan serangga. Terdapat 23 spesis gamat di Malaysia. Struktur badannya ringkas dan kandungan airnya tinggi. Kemujarabannya terdapat pada cairan ini dan ini boleh diekstrak. Gamat terbukti secara saintifik berupaya menyembuh luka dan berdaya tahan sakit (Asia Pacific Journal of Pharmacology 1994).

Untuk mengenali gamat dengan lebih lanjut,klik http://www.yoyoyspa.com/gamat1.php

Kami juga menyediakan pelbagai produk berasaskan gamat asli dengan harga yang amat murah sekali, bkn berpatutan je, tp mmg murah. Klau nak dipakejkan sekali dengan rawatan pun boleh kerana kami mempunyai pusat rawatan kecantikan.

Sila lawati link ini untuk maklumat produk dan harga http://www.yoyoyspa.com/gamat.php

Thursday, May 29, 2008

Wednesday, May 21, 2008



Assalamualaikum,

Apa khabar sume? Ok tak banner YoYoY Kamphora Spa? Ini adalah antara perkhidmatan berkaitan kecantikan dan kesihatan wanita yang kami sediakan. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03- 4146 4378.
Jangan malu2....

Promosi



Assalamualaikum Semua..

YoYoY Kamphora Spa kini menawarkan promosi hebat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 4146 4378

Friday, April 11, 2008

Kecantikan hasil pengubahsuaian digital beauty

Hi all,
Teknik ini biase digunakan utk model2 majalah, celebriti, ahli politik pun ada. Kedai gambar pn dh start buat dah. Ni salah satu contoh teknik digital beauty


Teknik digital beauty - Photoshop

Untuk nampak menarik, biasenye photo akan di edit.

Saksikan lah contoh pengubahsuaian yang dilakukan, klik sini

ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?


Tanda-tanda tekanan mental
  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang - tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mabuk arak
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL


Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
  • Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Tekanan Mental Dan Pekerjaan


TEKANAN KERJA
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA
Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya
Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan
Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

Friday, April 4, 2008

Green Spa

What Is A Green Spa?
A green spa is a center for healing, aesthetics and wellness where reducing the spa's environmental footprint is a top priority.
Some characteristics of a Green Spa:

  • Strives to conserve energy and water resources.
  • Is committed to using materials that can be recycled, follows recycling practices, and is always looking for ways to minimize waste.
  • Utilizes natural and organic skin care products.
  • Believes that it has a responsibility to guests and to the planet to reduce exposure to toxic substances and to minimize hazardous waste generation.
  • Is open to learning and adopting new environmentally friendly strategies and techniques.
  • Shares its concern for the Earth's well-being with guests.
image






Why Choose a Green Spa?image
Green spas are naturally healthy - By limiting toxins in their skin care products and in their spa’s environment, green spas provide a healthier experience.

Green spas are more relaxing - By putting aside the stressors of modern life – including noise, pollution, toxins and waste – green spas are able to offer a more balanced and relaxing experience.

Green spa treatments are more effective - Synthetically derived skincare products may produce quick results, but they might also cause damage. Natural treatments are gentler and help ensure long-term health and beauty.

Green spas put the body in harmony with nature - Green spas are attuned to the rhythms of nature as well as the rhythms of the human body. When nature and body are in harmony humans feel healthier, stronger and more attractive

INTRODUCTION TO AROMA


INTRODUCTION TO AROMA


Aromatic compounds are fragrant. They are used as scents in the manufacture of fragrances, perfumes, cosmetics, and other products.
Aromatherapy is not about fragrance. It is the biotechnology concerning the extraction and distillation of essential oils from plants, leaves and flowers in highly concentrated and pure form for use in therapies. These are organic compounds.
These organic compounds have tremendous potential in the food and pharmaceutical industry and in the manufacture of soaps, shampoos, hair tonics, cosmetics, etc., because:
  1. They get into the nervous system and blood stream fairly rapidly and in some cases very rapidly. They can pass through the dermal layers quite easily.
  2. Most of them are anti-oxidants with refreshing and invigorating aromas.
  3. Some of them have antibiotic and anti-viral properties.
  4. Some oils intervene in the hormonal system and act in hormone regulation.
  5. Some act as appetite depressants or as mild and soothing sedatives.
  6. Some are anti-depressants and produce relaxation.
  7. Some have insect-repellant properties.
  8. Some have anti-inflammatory properties or soothe irritations.
  9. Some, like lavender is used as a remedy against bruises, insect bites, muscle aches and is very effective in killing lice.
  10. Oils like, clove oil acts as a local anesthetic for tooth-ache. It is anti-microbial and a good germicide that can be used both externally and internally. It is already in use in European hospitals for mouth infections.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...