Friday, July 31, 2009

RAHSIA DAN AMALAN HARI JUMAAT




Hari ini ialah hari Jumaat. Jadi mungkin ada baiknya kalau saya ‘post’ kan satu artikel tentang rahsia dan amalan yang patut diamalkan oleh kita bersama. Semoga ianya sedikit sebanyak memberikan ‘input’ manfaat bagi kita semua. amin.


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat





Amalan Sunat Hari Jumaat


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”




Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan


Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”


Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.


Kemudian kalau boleh, cubalah untuk iktikaf di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.



Thursday, July 30, 2009

Kod khinzir Dalam Makanan

Disini saya ingin sertakan kod khinzir yang terdapat dalam makanan, ubat gigi dan terutama sekali dalam jajan...untuk pengetahuan semua jenama makanan ringan yang dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat ini banyak menggunakan E kod walaupun di depannya terdapat logo halal Jakim

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210,
E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,
E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,
E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

From a Network & System Engineer to her boss. (Real Story)

Dear Boss,

As an employee of a multinational company, I have few very basic expectations. Chief among these is that my direct superiors have an intellect that ranges above the common ground squirrel. After your consistent and annoying harassment of my co-workers and me during our commission of duties, I can only surmise that you are one of the few true genetic wastes of our time.




Asking me, a network engineer, to explain every nuance of everything I do each time you happen to stroll into my office is not only a waste of time, but also a waste of precious oxygen. I was hired because I know how to network computer systems, and you were apparently hired to provide amusement to your employees, who watch you vainly attempt to understand the concept of “cut and paste” as it is explained to you for the hundredth time.




You will never understand computers. Something as incredibly simple as binary still gives you too many options. You will also never understand why people hate you, but I am going to try and explain it to you, even though I am sure this will be just as effective as telling you what an IP is. Your shiny new Mac Pro has more personality than you ever will.


You wander around the building all day, shiftlessly seeking fault in others. You have a sharp dressed, useless look about you that may have worked for your interview, but now that you actually have responsibility, you pawn it off on overworked staff, hoping their talent will cover for your glaring ineptitude. In a world of managerial evolution, you are the blue-green algae that everyone else eats and laughs at. Managers like you are a sad proof of the Dilbert principle.



Seeing as this situation is unlikely to change without you getting a full frontal lobotomy reversal, I am forced to tender my resignation; however, I have a few parting thoughts:

When someone calls you in reference to employment, it is illegal for you to give me a bad recommendation as I have consistently performed my duties and even more. The most you can say to hurt me is, “I prefer not to comment.” To keep you honest, I will have friends randomly call you over the next couple of years, because I know you would be unable to do it on your own.

I have all the passwords to every account on the system and I know every password you have used for the last five years. If you decide to get cute, I will publish your “Favorites,” which I conveniently saved when you made me “back up” your useless files. I do believe that terms like “Lolita” are not viewed favorably by the network engineer.

When you borrowed the digital camera to “take pictures of your mother’s b-day,” you neglected to mention that you were going to take *** pictures of yourself in the mirror. Then, like the techno-moron you are, you forgot to erase them. Suffice it to say, I have never seen such odd acts with a ketchup bottle. I assure you that those photos are being kept in safe places pending your authoring of a glowing letter of recommendation. (And, for once, would you please try to use spell check? I hate correcting your mistakes.)



I expect the letter of recommendation on my desk by 8:00 am tomorrow. One word of this to anybody and all of your twisted little repugnant obsessions will become public knowledge. Never *** with your systems engineer, Mister! They know what you do with all that free time!

Sincerely,

Your beloved network & systems engineer




Wednesday, July 29, 2009

Bahasa Budaya Bangsa

Bahasa Budaya Bangsa, Berbudi Bahasa Amalan Kita, Muafakat Membawa Berkat.
Semoga Menjadi Iktibar

Transformers 2: Revenge of The Fallen


Dah tgk ke Transformers: Revenge of the Fallen?


Peminat CGI mmg patut tgk. Tetapi tidak seperti movie pertama, sambutan kepada sequen movie kedua agak kurang. Ini disebabkan beberapa perkara:


- penonton nak tengok robot-robot, tapi banyak pulak part yg nak menunjukkan kehebatan ketenteraan Amerika

- the Fallen tak sepower mana pun, kejab je dh mati

- bile optimus prime dh mati, semua sedih le, tetiba ada je bende bole kasi hidup balik...

- aksi Megan Fox berlari slow motion byk sgt, kitorang nak tgk robot le... robot Alice yang seksi tu pun tak puas lagi tengok

- ada byk jalan cerita yang tak berapa lojik, macam cari alasan je nk panjangkan cite, mungkin penonton mengharapkan suatu kelainan yang memang betul2 lain dari yang lain.


Bagaimana pun filem Transformer still lagi best, bile le Malaysia nak kluar kan filem macam ni..Aksi pertarungan dekat hutan antara yang paling menarik.

Dalam movie kedua, diceritakan 2 tahun selepas filem pertama, Sam berjaya memasuki kolej, so parent die risau dan sedih pasal selama ni tak pernah berjauhan daripada anaknya. Tetapi parent die happy jugak pasal Sam le org yang pertama pergi kolej dalam keturunan diorg. Yang Makaela (awek Sam) lak, seorang yang hot & sexy, tak dapat masuk kolej ( die bukan kaki study), so tolong le bapak die kat worksyop. Makaela ni memang power repair kenderaan berengine. ( Pelik lak kat Malaysia, pelajar perempuan le yang paling ramai study IPT 65:35 ). Realitinye, Megan Fox tak pandai pun naik motor, kene le org lain pegang dan tolak motor tu ms lakonkan babak naik motor.


Dalam pada tu pulak Optimus Prime dah jadi ketua kepada NEST yang dianggotai oleh manusia dan Autobot yang bertujuan untuk menghapuskan Deception yang ada kat dunia.


Demi untuk menuntut bela, Decepticon Soundwave hack satelite US, dari situ le Deception dapat maklumat kedudukan serpihan All Spark dan bangkai Megatron, so dengan serpihan tu le jugak Megatron dihidupkan kembali.


Rupanya hayat Transformers bergantung kepada Energon , sumber tenaga dari matahari. Prime-Prime ni pulak ada polisi, takkan guna planet yang ada hidupan untuk mendapatkan Energon kecuali le satu Prime ni yang bernama The Fallen. The Fallen ni dah setup Sun Havester kat bumi (betul-betul atas piramid). Prime-prime yang lain pulak demi nak sorokkan kunci Sun Havester ni yang dikenali sebagai Matrix of Leadership (MOL) terpakse mengorbankan diri.


Si Sam lak, secara tak sengaja tersentuh serpihan All Spark (serpihan yg satu lagi, tak tau le pulak klau ada lagi serpihan lain, panjang le cite) mengakibatkan data mengenai kedudukan Matrix of Leader (MOL) dipindahkan ke otaknya. Then, jadi lah si Sam ni sasaran Deception. Selain tu, Sam juga dah bertukar menjadi budak Super Genius, tak smpi seminit je dh khatam dan hafiz buku teks. (Kan best klau ada alat camtu)


Demi menyelamatkan Sam, Optimus Prime mati di dalam pertempuran di hutan. NEST pun diarahkan bubar. The Fallen pun bebas. Tah cam mane Sam melalu kawan baru kolej, pegi jumpe kawan lama,Simmon @ Robowarrior (D7 team), pastu jumpe Robot tua pakai tongkat kat muzeum, teleport pegi Mesir, jumpe MOL, dapat idea nak guna MOL untuk hidupkan semula Optimus Prime. Masa ni scene banyak kat padang pasir le, klau kat kutub takde peluang le Megan Fox nak berlengging. Masa ni le juga Amerika nak tunjuk kecanggihan ketenteraan diorg.


Babak pasni sume aksi pertarungan dan peperangan, Sam dan Makaela terpaksa menempuhi pelbagai dugaan demi nak selamatkan Optimus Prime, puas le diorg ni berlari-lari kat gurun. Sam siap mati dulu, jumpe Prime-Prime lain menerangkan bahawa MOL not found but earned.


Pastu seperti biasa, mestile Happy Ending, Optimus Prime pun hidup semula, lawan le dengan Megatron dan Fallen. Ingat kuat sangat le The Fallen ni. Optimus Prime yang baru hidup balik ni kejab je dh kalahkan Megatron, bunuh The Fallen, alasan tetibe jd kuat tu pasal dah pakai spare part dan spark dari Jetfire (robot tua yang teleport Sam and the group ke Mesir). Megatron dan Starstream lak still hidup dan banyak lagi le sequen Transformer pas ni. (3rd Movie- July 2012)


Filem ini mendapat kritikan negatif berbanding filem sequen sebelumnya. Walaubagaimana pun, sehingga 28 Julai 2009, filem ini berjaya mengutip USD$795,254,961.



Anda pulak bagaimana??

Tuesday, July 28, 2009

Diet Rasulullah S.A.W

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Cubalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunanlemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).Sabda nabi :

"Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"


Tips Diet Untuk Kuruskan Badan


Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.


Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.


Apa2pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.


  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Join Yoyoy Spa pergi Women Self Defence....dapat gak keluarkan peluh, sihat lagi..dapat protect diri dari musuh lagi..
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

Sekian, selamat mempraktikkannya… :)


Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan secara percuma dari Yoyoy Kamphora Spa, sila hubungi kami


Monday, July 27, 2009

Panduan Mengurangkan Stress dan Tekanan

Semua orang, laki ke pompuan, tua ke muda, kaya ke miskin, sikit sebanyak pasti akan merasai tekanan atau stress.


Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.


Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.


Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.


Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?

Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress

  • 1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.

Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.


Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”


Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.


Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”


Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.

  • 2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk.

Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.


Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)


Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”


Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”


Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


  • 3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.


Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.


Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).


Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.


  • 4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.


Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)


Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.


Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

  • 5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.


Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)


Bagaimana dengan anda? Anda selalu menghadapi stress? Apakah yang biasanya anda akan lakukan untuk mengurangkan stress??



7 Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.



Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor
Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.


Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.


Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Setiap Manusia akan Mengalami Kematian


Al-Qur’an menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)


“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)


“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)


“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34)


Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

BERSEDIAKAH KITA?

Kematian Pertama Berkaitan H1N1

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Dalam kenyataan rasminya mengenai wabak tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata si mati telah pulang bercuti ke republik itu dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu dan dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom itu ringan.

Pada 20 Julai, pelajar itu mula demam panas, batuk serta letih, dan keesokannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di pusat perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi," katanya.

Liow berkata, pusat perubatan berkenaan merekodkan penyebab kematian sebagai "cardiac arrest due to ventricular fibrillation."

Bedah disiasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama mendapati si mati mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah pada bahagian bawah salur pernafasan.

"Ujian virologi dan bakteriologi mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya (si mari) adalah positif untuk virus influenza A (H1N1)," kata Liow.

"Oleh sebab keputusan-keputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan.

"Faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan perlu diambil kira dalam perkara ini."



Saturday, July 25, 2009

Kelebihan dan Peristiwa Penting Sya'ban

HARI ini merupakan hari ketiga bulan Syaaban dan kedatangan bulan kelapan dalam takwim Islam itu amat dinanti-nantikan, khususnya golongan 'abidin' kerana ia sebagai petanda bahawa Ramadan al-Mubarak semakin hampir.

Dari segi bahasa, Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak- puak dan perkataan itu terbit daripada budaya hidup masyarakat Quraisy yang terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Pendapat lain pula mengatakan, Syaaban adalah tanda pemisah antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah SAW pada bulan Syaaban telah memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan, baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.

Seperti mana maksud satu hadis daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan maksud hadis tersebut, jelas Rasulullah telah memperbanyakkan ibadat puasa pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain sebelum baginda berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Tidak dinafikan usaha untuk menggandakan amal ibadat tidak seharusnya ditumpukan pada bulan-bulan tertentu tetapi ibadat yang dikerjakan oleh Rasulullah ini wajar diikuti kerana pasti ia mempunyai banyak kelebihan.

Siapa lagi yang harus mendukung sunnah Rasulullah jika bukan kita sebagai umat Nabi Muhammad.

Selain digalakkan berpuasa sunat, kita juga digalakkan memperbanyak bersedekah, membaca al-Quran, bermunajat, berdoa, berzikir, qiamullail dan membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah.

Sementara itu terdapat satu peristiwa besar dan paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis ke Kaabah di Masjidilharam.

Peristiwa pertukaran kiblat itu berlaku di dalam masjid Qiblatain di Madinah iaitu ketika Rasulullah serta para sahabat sedang menunaikan solat Asar.

Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah, dalam bulan Syaaban.

Ia telah dirakamkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran al-Karim pada ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud: Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka, dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Perubahan arah kiblat itu juga adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmuqaddis hingga mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut mereka walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.


Friday, July 24, 2009

6 Sebab Hati Jadi Mati

Sempena penghulu segala hari…hari Jumaat ini, izinkan saya kongsi satu ilmu dengan anda semua iaitu berkenaan dengan 6 sebab atau punca hati jadi mati.

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

  1. Sengaja berbuat dosa kerana ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
  2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
  3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
  4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
  5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
  6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

(Hasan Al Bashri r.a.)

Thursday, July 23, 2009

Mega Sale : Pembekal Alatan Akupuntur dan Bekam ( Malaysia Supplier for Acupuncture & Cupping )

Malaysia
Mega Sale

kembali lagi, kini dengan diskaun yang lebih hebat.






Jarum Akupuktur / Acupuncture Needle
- 100 jarum = RM 20
- 6 x 100 jarum = RM 18
- 12 x 100 jarum = RM 15
-lebih daripada 12 set = sila hubungi kami untuk harga istimewa






Alatan Bekam / Cupping
- 1 set (12 cup) = RM 88
- 6 set (6 x 12 cup) = RM 80
-lebih daripada 12 set = sila hubungi kami untuk harga istimewa



Sila hubungi kami untuk tempahan.

Tel: 03-4146 4378 , 012-308 4479 , 03-6184 1455
Email : mail@yoyoyspa.com

Wednesday, July 22, 2009

Membeli secara online di YoyoySpa.com

Kami menawarkan pelbagai produk Muslim dan pembelian dapat dilakukan secara online. Berbelanjalah di Yoyoy Spa dan nikmati diskaun hebat.

We offered variety of Muslim product and you can buy online. Let shopping at Yoyoy Spa and enjoy the best prices.



Tuesday, July 21, 2009

Rahsia Personaliti Melalui Gaya Cuti


1. PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!


Personaliti


Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.


Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.



2. BANDAR-BANDAR BESAR

Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eks

klusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.


Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.


Percintaan

Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



3. TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.


Percintaan

Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.



4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH

Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.




Personaliti

Individu yang gemar bercuti tempat bersejara
h umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.



5. GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.


Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.


Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali


Malaysia VS Manchester United 2009


1st Match
Malaysia (2) - Manchester United (3)

2nd Match
Malaysia (0) - Manchester United (2)


First Match



Second Match (Rematch)



Tahniah kepada pasukan Malaysia, walaupun tak menang tapi menampilkan aksi yang cemerlang.



Memang ramai dh menjangka Malaysia tak boleh menang, tapi kalau la menang, tak pun seri ke, padan muka penyokong2 MU pemilik MyKAD biru. Kelab Penyokong MU Malaysia awal2 lagi dah menjangkakan team Malaysia dibelasah MU.

Mungkin kerana semangat patriotik yang tinggi, terasa hati apabila melihat gawang Malaysia dirobek, sedangkan peminat MU Malaysia bergembira. Nasib baik tak jadi cam Pak Kaduk, Ayam Menang, Kampung Tergadai.



Walaupun bermain di tempat sendiri, tetapi stadium dipenuhi penyokong lawan. Walaupun Malaysia tak power, tetapi hati ku tetap menyokong Malaysia. MALAYSIA TANAH AIR KU!!!!!



Monday, July 20, 2009

Rahsia Di Sebalik Bantal

Rahsia Bantal
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Sunday, July 19, 2009

Types of Acupuncture

Auricular Acupuncture
Auricular (or ear) acupuncture targets points on the outer ear, using either needles or electro acupunctoscopes to help relieve the complaint. Each acupoint on the ear, when treated, triggers electrical impulses, from the ear, via the brain, to the specific area of the body that is being treated.
Five-Element Acupuncture
Five-Element Acupuncture is an ancient form of acupuncture that treats the mind, body, heart, and spirit. The five elements are fire, earth, metal, water and wood, which correspond to emotions that must remain in balance in order to maintain health. A practitioner using this technique assesses factors such as skin color, vocal sound, body odor, emotional state, and pulse, using the information gathered to diagnose and treat the imbalance.



Japanese Acupuncture
Japanese acupuncture is a form of acupuncture in which a practitioner uses touch to diagnose ailments and to find the exact location of the relevant acupuncture point. Once the correct points are located, the practitioner uses a guiding tube to shallowly insert very thin needles. Japanese acupuncture is often accompanied by direct moxibustion, the warming of acupoints by burning moxa, a substance derived from the wormwood plant.



Korean Acupuncture
Korean acupuncture is a form of acupuncture that integrates techniques from traditional Chinese acupuncture, Japanese acupuncture, and five-element acupuncture. Practitioners make a diagnosis by assessing your "basic constitution," or body type. In Korean hand acupuncture, a subtype of Korean acupuncture generally, the hand is seen as a microcosm of the body, and practitioners can assess and address conditions anywhere on a patient's body simply by applying treatment to the hands.



Traditional Chinese Acupuncture

Traditional Chinese acupuncture is the form of acupuncture in which the plurality of practitioners are trained, and it remains the most widely practiced form. According to traditional Chinese medicine, the human body is filled with lines or channels through which the energy of the body flows. These channels function as points of entry into the body, called acupuncture points. Acupuncture is the practice of inserting fine sterile stainless steel needles into these points to remove blockages and imbalances in the body's energy flow. Removing these blockages allows energy and blood to circulate smoothly throughout the body, stimulating the body to heal itself.


Trigger Point Acupuncture

Trigger point acupuncture is a form of acupuncture that targets tight or knotted muscles, also known as trigger points. The practitioner uses touch to locate muscular tightness, then inserts an ultra-thin, single-use acupuncture needle into the suspect muscle and gently probes. This produces localized involuntary twitching, which fatigues the tight muscle and reduces tightness.

_____________________________________________

For more information regarding acupuncture treatment and consultation, kindly contact us.

Yoyoy Kamphora
No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

_____________________________________________

Friday, July 17, 2009

Sentiasa Mengingati Kematian...

Setiap kali selepas solat lima waktu, kita selalunya berdoa kepada Allah memohon agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki lalu diberikan petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hamba yang soleh, disamping terhindar daripada azab api neraka.

Umur yang panjang bukan sekadar akan memberikan kesempatan buat kita menikmati kehidupan dunia yang penuh dengan rahmat Allah, tetapi kesempatan hidup itu pula adalah ruang waktu atau tempoh yang amat tinggi nilainya bagi kita menganalisa diri sendiri mengenai sejauh mana sebenarnya kita telah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai seorang makhluk




Berjayakan kita menunaikan semua tugas atau sebaliknya telah terperangkap menjadi mangsa yang tertipu, hanyut dan terbentur ditbing kemungkaran dosa. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan, salah satu daripada nilai ajaran Islam yang patut sangat kita renungkan ialah supaya kita sentiasa ingat akan mati. Firman Allah yang bermaksud,

"Berusahalah mencari keredhaan serta rahmat-Ku, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dalam pada itu beramallah pula dengan segala kebajikan dan ibadat seolah-olah engkau akan mati esok hari."

"Sesungguhnya janganlah ada diantara kamu yang berlaku tamak dan haloba akan segala sesuatu didunia, sebab ketahuilah olehmu bahawa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang terdapat didalam syurga , maka dunia ini adalah tidak lebih dari seketul bangkai yang ditarik atau direbuti oleh beberapa ekor anjing."



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, "Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah di mana pada ketika itu Baginda sedang berada di tengah-tengah sahabatnya yang terkemuka, tiba-tiba terdengar olehku salah seorang daripada mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah agaknya manusia yang paling pintar dan cerdas otaknya?", maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w, "Adapun orang yang paling cerdas dan pintar anatara kamu ialah mereka yang paling banyak mengingati mati lalu membuat persediaan bagi menuju kepadanya."

Diantara beberapa keterangan mengenai kematian yang patut kita renungkan ialah kata-kata yang disebut oleh Khalifah Umar Al-Khattab kepada Kaab al-Akbar, "bahawa adakala kematian bagi sesetengah orang akan sama seperti suatu ranting kayu berduri bila berada didalam kerongkong, kemudian ditarik dengan keras oleh seorang lelaki perkasa, maka akan tercabutlah mana-mana yang tercabut dan akan tertinggallah mana-mana yang tertinggal."

Pada suatu hari ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai kematian yang paling mudah, maka nabi menjawab, "Seringan-ringan mati adalah seperti duri yang melekat pada lembaran kain bila ia cabut maka pasti sedikit dari benangnya akan terbawa sama. "

Selain itu keterangan yang nyata daripada Allah jelasa dalam surah al-Waqiah(80-90) yang bermaksud, "Apabila yang meninggal dunia itu orang yang sering mendekatkan dirinya kepada-Ku, maka kematiannya adalah lega, semerbak dan nikmat."

Begitupun, mati tidaklah wajar dilihat menerusi kaca mata yang pesimis, namun bagi mereka yang mahu berfikir secara lebih rasional , ketentuan bahawa kematian itu akan tiba juga akhirnya memang tidak dapat hendak dinafikan. Di Yaumil mahsyar nanti kita akan dibangkitkan kembali untuk menghadapi hisab serta pengadilan , di mana pada hari itu semua makhluk ini akan sama sahaja di sisi Allah, serta tidak ada satu pun jua yang boleh membantu selain daripada amalan kita.

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.



Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita ..



Thursday, July 16, 2009

KEMBALI SEGAR DENGAN AROMATERAPI



Rasa letih seharian tugasan di pejabat atau mengikuti jadual kuliah boleh kamu atasi dengan menghirup aneka bauan aromaterapi!

Pelbagai kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa aromaterapi mampu mempengaruhi emosi seseorang. Di mana aroma mampu membuatkan hati dan perasaan menjadi riang, gembira, takut, sedih dan sebagainya.




KHASIAT AROMATERAPI

Aromaterapi terdiri daripada pelbagai jenis wangian dan kegunaan. Setiap daripadanya mempunyai fungsinya tersendiri. Dan kamu boleh memilih aroma yang mana satukah sesuai dengan kamu. Berikut merupakan jenis-jenis aromaterapi yang popular beserta khasiatnya:

PEPPERMINT
Aromanya begitu menyegarkan , membangkitkan suasana, mengurangkan rasa sakit perut,mengurangkan ketegangan dan dipercayai dapat mengurangkan sakit kepala.

JASMINE
Merupakan aroma yang boleh meningkatkan rasa romantis. Namun, jangan gunakan terlalu banyak, kerana ia akan menyebabkan udara menjadi tidak segar, mungkin sedikit menyeramkan.

LEMON
Wangian seperti ini digunakan untuk tujuan menenangkan , meningkatkan keyakinan diri, rasa lebih santai dan rileks serata menenangkan sistem saraf.

CINNAMON
Dipercayai mengandungi antibiotik, antiseptik dan antivirus yang dapat melindungi tubuh manusia.

GARDENIA
Sangat disukai oleh ramai gadis. Wangiannya sering digunakan untuk majlis besar dan mewah seperti perkahwinan.



APPLE CINNAMON
Dipercayai dapat membangkitkan kenangan bersama orang tersayang seperti buah hati, kedua ibu bapa, sanak saudara dan sebagainya. Selain itu, wangian ini juga boleh membuatkan fikiran terasa lebih relaks.

FREESIA
Aroma bunga freesia sangat istimewa. Untuk memperoleh wangian yang amat mengasyikkan, kamu dinasihatkan untuk tidak menggunakannnya terlalu banyak.


GABUNGAN AROMATERAPI UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN:

Untuk keceriaan, ketenangan dan relaxing:
  • Ylang-ylang
  • Lemon
  • Bergamot
Untuk ketenangan, anti stress, membuang daki dan menghaluskan kulit:
  • Lavendar
  • Spice Eve Invigorating
  • Citrus Ono Refreshing
  • Cleo Scent Seductive
Untuk suasana romantik:
  • Lavendar
  • Ylang-ylang
  • Lemon
  • Special Blends Romantics
Untuk yang mengalami Resdung dan Asma:
  • Eucalyptus
  • Peppermint
  • Clove
Untuk hormon lelaki:
  • Cedarwood
  • Clove
Untuk menguruskan badan dan selulit:
  • Fennel
  • Rosemary
  • Juniper
  • Patchoulli
  • Lemongrass
Untuk hormon wanita:
  • Geranium
  • Juniper
  • Patchoulli
  • Lemongrass



Wednesday, July 15, 2009

5 Tips Untuk Tubuh Langsing



Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi idaman sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi gadis remaja dan wanita bekerjaya.
Namun tidak semua mampu memilikinya kerana ada banyak faktor yang mempengaruhi fizikal seseorang itu.
Bagaimanapun korang masih boleh mencuba tips dibawah ni untuk memiliki tubuh langsing idaman:
  • Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi kamu boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.
  • Jangan kira jumlah kalori yang diambil, sebailknya kurangkan saiz makanan yang diambil. Elakkan menghadkan pengambilan kalori secara drastik kerana ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh serta memberi kesan sampingan.
  • Dengar je perkataan diet, mesti terbayangkan pelbagai makanan yang sedap-sedap dan lazat harus dielakkan daripada menu diet. kita tak semestinya perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.
  • Gantikan pengambilan makanan secara berlebihan dengan pengambilan air kosong secukupnya.
  • Rajinkan diri untuk membuat rawatan mandi wap atau sauna. Ia selain untuk menurunkan berat badan, ia juga bagus untuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisme, mengurangkan stress dan mengharumkan badan.
  • Diet akan lebih efektif jika diikuti dengan senaman atau aktiviti riadah. Kalau orang Islam eloklah diperbanyakkan solat wajib 5 waktu dan amalan sunat. Sesuaikan aktiviti-aktiviti tersebut dengan diet.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan secara percuma dari Yoyoy Kamphora Spa, sila hubungi kami

Menjaga Sel Otak


Manusia mempunyai beberapa sel otak. Semakin bertambahnya usia kamu, semakin berkuranglah sel-sel ini. Pengurangan ini akan menjadi semakin bertambah jika sel otak jarang digunakan. Untuk mengelakkan terjadinya masalah penurunan sel otak, dibawah ada beberapa tips yang boleh diguna pakai:
  • Perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat, qiyamulail.
  • Perbanyakkan aktiviti fizikal misalnya marathon. Aktiviti fizikal boleh meningkatkan jumlah sel otak pada hippocampus iaitu bahagian otak yang mengatur memori dan proses belajar.
  • Makan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kerana ikan mengandungi Omega-3. Khasiat ini dapat membantu peredaran oksigen ke otak dan memperbaiki membran yang mengelilingi sel otak.
  • Cuba aktiviti yang baru, misalnya mencuba menu yang baru, pewangi baru dan aktiviti rutin harian yang baru. Ini akan membuatkan otak kamu lebih terangsang untuk lebih bekerja.
  • Jauhi makan ringan yang kaya dengan lemak. Lemak-lemak ini akan mengurangkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke otak.

Monday, July 13, 2009

IJTIMAK MALAYSIA 2009

Alhamdulillah, Ijtimak Malaysia 2009 yang berlangsung pada 9,10,11,12 Julai 2009 (16,17,18,19 rejab 1430) di Tanah Lapang Berhampiran Bandar Enstek dan Kuarters KLIA telah berlangsung dengan selamat dan jayanya.

Sambutan diterima juga amat menggalakkan. Walaupun media-media tempatan menyiarkan ijtimak ini telah disertai oleh 200,000 orang, tetapi daripada pemerhatian kami, jumlahnya lebih dari itu.



Penganjuran - penganjuran persidangan peringkat antarabangsa adalah tidak asing di Malaysia, tetapi inilah kali pertama di mana pengajuran dilakukan dengan initiative umat Islam secara sukarela tanpa mengharapkan sumbangan, pengajuran sesiapa.

Ijtimak Malaysia 2009 telah dijayakan oleh sukarelawan dari seluruh pelusuk negara yang telah bertungkus lumah selama beberapa bulan. Untuk pemasangan khemah sahaja, 250 sukarelawan diperlukan setiap hari.


Selain itu, kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat wudhu, bekalan elektrik dan sebagainya juga disediakan.

Kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan juga terdapat di sekitar tapak Ijtimak 2009 termasuk Kedai-kedai yang menjual pelbagai juadah dari pelbagai negara. Walaubagaimana pun, pihak penganjur Ijtimak mengediakan makanan secara percuma kepada semua pengunjung.

Antara barangan istimewa, T-Shirt tertera Ijtimak 2009.

Perkhidmatan shuttle juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Tentatif program Ijtimak Malaysia 2009

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.


Antara nasihat-nasihat kepada pengunjung dan seluruh umat Islam adalah:

Ada 4 golongan manusia iaitu~

  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam. Untuk itu, kita disarankan~
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Insya Allah, renung-renungkan dan selamat beramal.




View Medan Ijtimak Malaysia 2009 in a larger map

Ijtimak ini dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Khemah-khemah disediakan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Untuk tujuan memudahkan pengurusan, khemah-khemah dikategorikan mengikut negara. Khemah-khemah pengunjung dari Malaysia di kategorikan mengikut nama bandar. (Kitta)

Penterjemah bahasa di tempatkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengikut bahasa pengunjung. Biasenye bahasa melayu le paling cool.






Gambar-gambar Ijtimak





Video persediaan sebelum Ijtimak Malaysia 2009




Karkuzari

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar kurang dari target elders 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan block sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”


Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka).Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.

__________________________________________________

Friday, July 10, 2009

PETUA MENJAGA KECANTIKAN

MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT

Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik.

Bagi wanita yang ingi
n mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.


Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.


Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.




MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT

Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.


Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.

Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.


Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.


Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.


Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.


MENAIKKAN SERI WAJAH

Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha.
Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.


MENGHILANGKAN BAU BADAN

Masalah bau badan memang memeningkan kepala. Walaupun sebotol minyak wangi digunakan, namun badan tetap berbau bila kesan minyak wangi yang digunakan hilang kesannya. Tahukah anda semua, zaman datuk, nenek dan moyang kita tidak memerlukan minyak wangi (mungkin kerana belum wujud lagi). Mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli untuk mengatasi masalah bau badan. Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk mencegah hal ini. Daun ini diramas dan disapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Insya-Allah, berkesan.

Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan. Rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian berisi air suam. Kemudian, berendam selama 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Thursday, July 9, 2009

Apakah IRIDOLOGI ?

Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus dianak mata,perkatanan iris berasal dari perkataan iris yang bermaksud anak mata.kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat,selamat ,tepat dan ringkas tanpa perlu mempunyai kelayakan akedemi atau pengunaan peralatan yang canggih.


Kaedah Iridologi sungguh unik dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan sesaorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus,tisu dan sel-sel yang bersambung kesistem badan melalui saraf otak.



Setiap kerosakan pada sarafdianak mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.

Setiap analisa dianak mata tidak serupa diantara mata sesaorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat permakanan , keturunan, gaya hidup sesaorang itu....Mata kiri akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata sebelah kiri.


Pakar-Pakar iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu sistem masa dan pusingan jam.Ia dibahagikan kepada beberapa zon-zon utama tertentu mengikut sistem fazikal organ tubuh badan,perubahan pada anak mata, warna dan struktur anak mata dan tanda-tanda pada dalaman berkaitan usus,contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 ,otot lemah disebabkan tekanan kebawah.


Iridologi tidak dapat mengesan jenis sakit seperti darah tinggi dan kencing manis,tetapi ia dapat menunjukkan kelemahan tissu organ yang lemah itu.informasi dari iris dan kaedah iridologi dapat membantu kita supaya mencegah dan mengambil tindakan agar ia tidak menjadi lebih teruk.Kita akan menemui masalah yang berbeza ,antara seorang dengan seorang yang lain bergantung kepada cara gaya kehidupan dan cara pemakanan seseorang itu.


Bentuk iris akan sentias berubah menginkut keadaan tahap kesihatan tubuh badan,cara hidup dan cara pemakanan. Saraf tisu iris bersusun rapat dan dalam keadaan tegak dan tegang ,apabila mengalami masalah Otak akan menerima informasi pada masa yang sama ia akan menghantar informasi tersebut pada zon iris (Zon yang mewakili fizikal organ tersebut) seterusnya perubahan akan bermula mengikut keadaan organ tersebut.
Penilaian keadaan fizikal organ pada iris dibahagikan dalam 4 keadaan atau pun 4 peringkat .

Wednesday, July 8, 2009

PROMOSI KEMBALI LAGI!!!

PROMOSI KEMBALI LAGI!

  • Facial Normal - RM 30
  • Facial Pupur - RM 50
  • Lulur Body Whitening - RM 45



  • Lulur Salt Scrub + Lulur Mlik Mask- RM 99
  • Lulur Salt + Lulur Body Whitening- RM 99
  • PRODUK BIOSIRIH SALE HINGGA 25% - 30%


Tuesday, July 7, 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI



اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Monday, July 6, 2009

Personaliti mengikut bulan kelahiran

Januari

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi


Februari

* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi


Mac


* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu


Mei


* Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros


Jun


* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Julai


* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja * besar kemungkinan berkahwin empat


Ogos


* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan


September


* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik


Oktober


* Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jln tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat


November


* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk d irumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


Disember


* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Saturday, July 4, 2009

RAWATAN KECANTIKAN BAGI BAKAL PENGANTIN - RATU SEHARI



Setiap pengantin inginkan penampilan menarik pada hari paling bahagia dalam hidupnya. Ia bukan sahaja menarik untuk tatapan para tetamu, istimewanya suami,bahkan juga bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri dalam memulakan penghidupan baru sebagai seorang isteri.

Salah satu cara untuk anda kelihatan menarik lagi berkeyakinan tinggi menjelang hari perkahwinan andaialah mengikuti rawatan kecantikan di spa yang sudah terkenal dengan perkhidmatan yang berkesan. Yoyoy Kamphora Spa menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan yang lengkap merangkumi beberapa rawatan muka dan badan yang dirangka khas untuk bakal pengantin.

RAWATAN BADAN SEGAR DAN BERTENAGA

Rawatan kecantikan yang lengkap merangkumi muka dan badan supaya bakal pengantin berasa segar, bertenaga, ceria lagi berseri. Selain itu, siri rawatan berikut mampu membuang lemak berlebihan, meningkatkan paras tenaga dalam badan serta merangsang pemulihan semulajadi sambil mengembali atau mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

1. Sauna Seri Wangi.
Anda diminta berendam dalam kolam jakuzi yang telah diisi dengan campuran air suam dan aromaterapi yang menyegarkan. Mandian herba sauna selama 20 minit ini membantu menlancarkan perjalanan darah dan mengaktifkan metabolisme.

2. Lulur Susu atau Milk Scrub.
Seluruh badan anda akan disapu dengan ramuan bijirin susu sambil menggosoknya. Tujuannya adalah bagi merangsang proses pemecahan lemak dan toksin yang terdapat dibawah kulit, memcuci serta membuang daki dan sel mati yang terdapat pada kulit. Anda akan mendapati kulit lebih halus dan gebu selesai sesi lulur tersebut.

3. Mandian Bunga Aromatika.
Mandian air aromatika menggunakan rumusan bunga-bungaan yang harum. Ia baik untuk meningkatkan paras tenaga dalam tubuh badan dan kulit sambil sambil ia membuatkan kulit anda lebih halus dan lebih cerah berseri-seri.

4. Urutan Ketenangan Minyak Lavender.
Sesi mengurut sememangnya terkenal mampu melegakan ketegangan urat dan stress yang biasa dialami oleh bakal pengantin. Tambahan pula, sesi urut ii menggunakan ramuan minyak ‘lavender’ yang harum serta pati bunga-bungaan bagi mencetus bauan segar semerbak.

5. Body Whitening + Body Mask.
Krim body whitening mask disapu atas kulit bagi mencerah sertamengekalkan lembapan pada kulit. Kemudian badan anda akan dibungkus dengan plastic khas supaya ia lebih berkesan.


RAWATAN SERI WAJAH

Salah satu ciri istimewa sesi rawatan wajah ini ialah kaedah terkini, urut refleksologi yang menggabungkan rawatan kecantikan dengan ketenangan minda. Refleksologi wajah dianggap kaedah terbaik mengatasi kelesuan sambil dapat menikmati urutan yang melegakan. Ia juga bagus untuk mendapatkan kesan awet muda.

Rawatan dimulai dengan urutan dibahagian belakang badan.

  • Sebelum urutan wajah dimulakan, terapi kecantikan akan memastikan facial points yang betul supaya rawatan ini berkesan.
  • Sungguhpun keseluruhan rawatan bertumpu pada muka namun, ia memberi banyak manfaat. Ia melancarkan perjalanan darah; merangsang saluran limfa dan urat saraf dibahagian muka supaya ia Nampak lebih sihat, segar dan berseri-seri.

  • Urutan dimuka tiada kesan sampingan.

  • Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Amalkan urutan wajah dan refleksologi muka 2 kali seminggu selama dua atau tiga minggu pertama. Kemudian bolehlah dikurangkan kepada seminggu atau dua minggu sekali.

  • Selain rawatan-rawatan diatas, Yoyoy Kamphora Spa juga menawarkan rawatan kuku tangan dan kaki.

Makanan Yang Boleh Buat Anda Gembira







Tahukah anda bahawa makanan juga boleh membuat seseorang itu berasa gembira. Contohnya, coklat akan menambahkan mood seseorang itu tetapi ia juga boleh membuatkan seseorang itu bertambah berat badan.

Dibawah ini, dipaparkan beberapa makanan yang disarankan oleh pakar pemakanan untuk menaikkan semangat anda walaupun berhadapan dengan masa yang sukar dan susah.

PISANG DAN BIJIRIN
Kedua-dua makanan ini mengandungi tryptophan asas asid amino yang boleh menyebabkan kewujudan serotonin yang mengawal sesetengah bahagian dalam otak manusia.

Pisang dan bijirin ini juga mengandungi vitamin B6 yang boleh menukar protein dalam asid amino kepada dopamine dan adrenaline. Malah, bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh merawat dan menaikkan mood seseorang.


BERAS PERANG

Bijirin beras perang ini boleh mempengaruhi kandungan karbohidrat yang terdapat didalamnya untuk memperlahankan hormon yang mengawal penyerapan gula oleh tubuh. Secara tidak langsung, ia mengimbanhkan kadar gula dalam darah. Kadar kandungan gula yang stabil dalam darah boleh membuatkan cortisol (hormon stres) tidak rosak.

SAYUR KAILAN DAN BROKOLI


Sayuran brokoli dan kailan ini kaya dengan folate magnesium dan kalsium. Kesemuanya penting untuk penukaran bahan kimia dalam otak untuk menaikkan semangat seseorang.



IKAN MACKEREL DAN SALMON
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak ikan ini mengandungi Omega-3 (EPA?EPA) fatty acids dapat meringankan mood yang sering bertukar dan mengurangkan kesedihan.